BerCuti..ermm..lapTop mau Format!!

malam nih last buat entry untuk sementara waktu...ehuu3, tak ber..updatela...sedih gak....tp nak wat cam ner, soo boring la sya nanti...hidup sekarang tanpa, laptop, handfone, broadband, kamera digital,,,cam sunyi hidup...semua orang dah mampu memiliki n wajib ada!!...begitu jugak aku...tak tau la perlu mgambil masa beberapa lama untuk format....tp yg penting laptop nih dapat guna lagi...n bersih daripada sebarang virus serta kerosakan....


ps....sya pasti merindui entry korang yg cam2 citer....jumpa lg....eheeee

ciTer HANI...hubbyku peminat seTia

")..yang malam ni citer hani kan??pg2 b4 g kejer, soalan yg akan diaju kepadaku!...malam rabu, hari selasa...pasti awal dok baring depan tv...nak tenGok citer HANI punyer sal, aku tak tau la sal jalan citernyer ker orrr...pelakon utama citer tersebut!!...tp selalu gak jugak kuo comel la pelakon nih, abang suka tengok muka dia comel!!aikk aku bukan la nak melenting ke per..aku pun kadang ada hero yg aku minat ahahae3, jelesss menjeling gak bila aku puji orang lain tp sekadar minat!!..tak silap aku bnyak jugakla drama yg pernah dibintangi oleh HANI,,,tp seingat aku n hubby aku mulai suker NOR FATHIA nih tak silap dalam slot samarinda tv3 tuh...tajuk citer aku tak ingat...dah lupa aaa...eheee2, tp aku suka watak dier imej bertudung!!





p/s..pe yg best aku suka jalan citer HANI nih...melambangkan keluarga bahagia, aku suka nama UMMU HANI...kasi nama baby la..eheee2...

suKer makan BUAH...time pRegnant

Buah...buah...sebenarnya aku tak derla hantu buah sebelum nih....tp sejak d awal pregnant, buah tidak dapat dipisahkan dari hidupku, pergi maner2 ajer pasti ada bekal dalam beg, mahupun kereta...seperti yang sedia maklum buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat dan vitamin kan..kan..kan...tp buah yg tidak dapat dipisahkan dariku adalah buah LA(orang terengganu panggil)nama saitifiknyer aku tak tau...per nama special buah nih...dari zaman kecik2 dok panggil buah la)...







sebenarnyer bukan buah la ajerk yg aku makan...cam2 buah yang aku suka antaranya, muskmelon, betik, buah naga, apple(jarang2...husband aku suka perhabiskan buah nih..tak suka sangat)..tembikai...dan sayuran yg aku sukan makan, adalah timun batang...wajib ada dalam peti, kalu tak der pahit semacam jer tengkok nih!!...aaa...korang nak tau buah yang paling aku mengidam n sukar dapat.....BUAH DELIMA gan KURMA!!..2 jenis buah ini dikatakan sangat berkhsiat dan hebat.....(buah delima misalnya, kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus, malah mengandungi antioksidan yang tinggi baik untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah. selain itu buah delima juga digunakan untuk mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman). manakala buah kurma pula( Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.)

p/s...hebatkan khasiat buah kurma n delima nikan dan hubat juga kuasa TUHAN  dalam memberi nikmat yg tidak terhingga ini....tapi buah delima nih aku dapat makan masa balik kg tempoh hari kerana, berlaku lambakan di pasaran....12 biji RM10...so sempat jugak la aku buat stok balik putrajaya ni..tahan la 2 minggu, bukan kat putrajaya nih tak der....tp harga melambung tinggi..sebiji RM4 @ 5, untuk makan hari2 tidak mampu..eheeee2....kurma gan kismis akan aku ambil d waktu pagi b4 sarapan bersama segelas air suam n milo o)

Sembelit yg SERIUS

...malu lak....eheeee2...tp..aku memang sukar buang air besar..smpai satu tahap mengambil waktu yg agak lama hmpir 2 minggu..bayangkan 2 minggu, mau tak membuncit perutku...susahnyer!!Bahayakan...yer la..ia boleh dikatakan buasir....aku pernah keluar darah yg bnyak akibat terlalu menerang untk membuang, smpai darah penuh di tab toilet!!....ada orang mgatakan ia berpunca daripada makan makanan yg pedas...tp aku bukan  hantu pedas!!...entah la...tp sekarang time pregnant lg la...ibu hamil akan merasai masalah ini secara normal...aku terbaca satu artkel mengenai SEMBELIT...

....Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.

Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
  1. Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  2. Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
-          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
-          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
-          Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
-          Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Apa yang perlu anda ketahui?
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.
Cara mengatasi
  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…
  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.

p/s...dah cam2 buah aku makan...telan...sembelit masih lg menghantui...memang aku tak cam manusia normal yg lain agaknyer ahahahahe2..seminggu baru buang..siksa!!

saNgat sanGat teNsion!!

...atas sebab n alasan per aku tension sangat2....arghhhhhh..mau menjerit!!!..aku tak tau ler per yg probnyer...bukan satu  prob tp 3...tak der la besar maner....tp bila aku sentiasa ikuti perkembangan member2 aku..dah jd satu kebiasaan, so aku bukok laptop aku n bacer entry diorang...MINAT!!..rasa seronok tuh ada..ni la yg myebabkan aku jg giler mau jd penulis citer2 mengarut n bace yg orang lain punyer blog yg dah gah2 la

...marah ker aku??geram tuh ada la...yerla...emel tak leh bukok, fb tak leh log in....blog...lg la...tuh yg geram sangat2....so aku terpaksa buat blog baru....aku sayang sangat2 blog lama tuh..entry dier....cam ner nak buat erK??aku tak tau....tak per la..hari nih bukak citer n blog baru......aku cuba mau import dari blog terdahulu...tp??boleh ker...yer la tak leh sing in...cam ner tuh.....arghhhhhhhhhh