suKer makan BUAH...time pRegnant

Buah...buah...sebenarnya aku tak derla hantu buah sebelum nih....tp sejak d awal pregnant, buah tidak dapat dipisahkan dari hidupku, pergi maner2 ajer pasti ada bekal dalam beg, mahupun kereta...seperti yang sedia maklum buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat dan vitamin kan..kan..kan...tp buah yg tidak dapat dipisahkan dariku adalah buah LA(orang terengganu panggil)nama saitifiknyer aku tak tau...per nama special buah nih...dari zaman kecik2 dok panggil buah la)...







sebenarnyer bukan buah la ajerk yg aku makan...cam2 buah yang aku suka antaranya, muskmelon, betik, buah naga, apple(jarang2...husband aku suka perhabiskan buah nih..tak suka sangat)..tembikai...dan sayuran yg aku sukan makan, adalah timun batang...wajib ada dalam peti, kalu tak der pahit semacam jer tengkok nih!!...aaa...korang nak tau buah yang paling aku mengidam n sukar dapat.....BUAH DELIMA gan KURMA!!..2 jenis buah ini dikatakan sangat berkhsiat dan hebat.....(buah delima misalnya, kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus, malah mengandungi antioksidan yang tinggi baik untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah. selain itu buah delima juga digunakan untuk mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman). manakala buah kurma pula( Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.)

p/s...hebatkan khasiat buah kurma n delima nikan dan hubat juga kuasa TUHAN  dalam memberi nikmat yg tidak terhingga ini....tapi buah delima nih aku dapat makan masa balik kg tempoh hari kerana, berlaku lambakan di pasaran....12 biji RM10...so sempat jugak la aku buat stok balik putrajaya ni..tahan la 2 minggu, bukan kat putrajaya nih tak der....tp harga melambung tinggi..sebiji RM4 @ 5, untuk makan hari2 tidak mampu..eheeee2....kurma gan kismis akan aku ambil d waktu pagi b4 sarapan bersama segelas air suam n milo o)

No comments:

Post a Comment